Saturday, May 30, 2009

Kanser Lidah


LIDAH adalah salah satu organ deria manusia. Ia mengandungi tunas-tunas rasa yang membolehkan kita merasa makanan dan seterusnya memberikan kualiti hidup lebih baik.

Betapa ramai manusia telah kehilangan nikmat merasa ini baik akibat kerosakan tunas-tunas rasa, masalah ketumbuhan pada lidah, kecederaan akibat kemalangan jalan raya mahupun gangguan pada saraf yang bertanggungjawab menerima rangsangan sensori daripada apa yang kita makan.

Selain untuk merasa, lidah juga berfungsi untuk mengawal atau mengaturletakkan bolus makanan yang terdapat dalam rongga mulut kita.

Misalnya, sewaktu kita makan, makanan setelah dilumatkan akan dibentuk menjadi suatu gumpalan.

Bolus makanan ini akan ditolakkan ke belakang dengan menggunakan lidah bagi memulakan proses menelan.

Lidah yang mempunyai struktur normal dan berfungsi dengan baik juga akan membantu proses percakapan atau artikulasi bunyi-bunyi yang dikeluarkan dari peti suara.

Gangguan padanya akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat menuturkan bunyi atau perkataan yang dapat difahami oleh rakan yang mendengar. Begitu besarnya nikmat anugerah lidah ini kepada manusia.

Kanser lidah

Kanser lidah adalah sejenis penyakit yang bukannya jarang berlaku dalam praktis otorinolaringologi.

Golongan yang berusia antara 50 hingga 70 tahun kerap ditemui menghidapi kanser lidah.
Suatu masa dahulu ia kerap terjadi pada golongan lelaki, mungkin disebabkan kaitan dengan tabiat merokok dan pengambilan alkohol.

Walau bagaimanapun, tidak kurang kesnya dijumpai di kalangan wanita atau pesakit yang berusia lebih muda. Data terkini juga menunjukkan wanita mempunyai kekerapan yang hampir sama dengan lelaki menghidap kanser lidah.

Faktor Penyebab

Disebabkan lidah adalah komponen utama yang terdapat dalam rongga mulut, faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kanser lidah juga ada persamaan dengan punca yang dikaitkan dengan kanser lain seperti bibir, pipi, lelangit, gusi dan lantai mulut.

1. Merokok - Kejadian kanser rongga mulut secara amnya meningkat sebanyak lebih daripada enam kali ganda dalam kalangan perokok jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok. Selain itu, merokok juga sememangnya dikenalpasti menjadi faktor utama kes-kes kanser peti suara, paru-paru dan banyak lagi organ lain di dalam badan. Ia adalah faktor yang boleh dicegah sekiranya kita menjauhi tabiat buruk ini.

2. Alkohol - Selepas rokok, pengambilan alkohol adalah antara faktor boleh ubah yang dikenalpasti meningkatkan risiko mendapat kanser rongga mulut sebanyak enam kali ganda. Kombinasi antara merokok dan mengambil alkohol akan memberikan kesan sinergi yang menambahkan lagi kemungkinan mendapat kanser.

3. Mengunyah tembakau - Amalan ini menjadi kelaziman bagi sesetengah etnik atau bangsa yang mana tembakau, sama ada yang asli atau ditambah dengan perisa dikunyah dan dikemam di dalam bahagian rongga mulut.

4. Masalah gigi - Penjagaan gigi yang tidak bersih, wujudnya bahagian gigi yang tajam serta gigi palsu yang tidak dipadankan dengan baik akan menyebabkan iritasi berterusan dan berpanjangan terhadap struktur-struktur di sekitarnya termasuklah lidah. Umpamanya, lidah yang selalu tercedera baik akibat gigi yang tajam atau gigi palsu yang tidak sesuai mungkin meningkatkan risiko ketumbuhan yang berbahaya.

5. Faktor lain - Masalah malnutrisi seperti diet yang kekurangan sesetengah vitamin adalah antara kebarangkalian yang dikaji boleh meningkatkan risiko kanser. Selain itu, anemia kekurangan zat besi seperti dalam kes Sindrom Plummer-Vinson juga dikaitkan dengan kejadian kanser rongga mulut dan hipofarinks.

Kanser lidah juga boleh muncul daripada kesan keadaan leukoplakia pada lidah, ulser yang kronik atau keadaan pramalignan lidah yang lain. Kebanyakan keadaan pra-malignan yang terdapat pada lidah juga disebabkan oleh faktor yang sama, iaitu merokok.

Lokasi dan perebakan

Majoriti kanser lidah ialah dari jenis karsinoma sel skuama, yang merupakan jenis kanser yang paling kerap menyerang mana-mana lokasi dalam bahagian kepala dan leher.

Pada lidah itu sendiri, bahagian yang paling kerap ialah pada bahagian tepi kanan dan kiri lidah (85 peratus).

Kadang-kala ia boleh ditemui di hujung paling hadapan (tip) atau permukaan atas (dorsum) serta permukaan bawah lidah (ventral).

Lidah adalah antara organ yang cepat merebak jika kanser bermula darinya. Penyebaran boleh berlaku ke lapisan otot yang merupakan komponen utama lidah itu sendiri, juga tidak kurang penyebarannya melibatkan struktur di sebelahnya seperti lantai mulut, gusi dan tulang rahang bawah.

Disebabkan lidah adalah suatu struktur di tengah rongga mulut, ia boleh dan mudah merebakkan sel kanser ke kelenjar-kelenjar limfa di leher, baik sebelah sahaja atau kedua-dua belah leher.

Tanda dan gejala

Pesakit yang menghidapi kanser lidah biasanya datang berjumpa doktor dengan tanda seperti ketumbuhan atau bonjolan pada permukaan lidah, ulser atau luka pada lidah yang berpanjangan tempohnya atau rasa keras seperti ketulan yang berada di bawah permukaan lidah.

Apabila ketumbuhan semakin membesar, gejala seperti sakit, sukar menelan, sakit telinga dan bau nafas yang kurang menyenangkan akan timbul.

Pergerakan lidah juga mungkin terbatas disebabkan oleh sebahagian daripada ketumbuhan tersebut telah merebak ke lantai mulut dan menyebabkan ia menjadi melekat.

Kerosakan otot lidah akibat pencerobohan sel-sel kanser juga menyebabkan lidah tidak dapat digerakkan dengan baik. Bengkak kelenjar leher pula menandakan kanser telahpun merebak.

Rawatan

Rawatan untuk penyakit kanser lidah amat bergantung kepada tahap kanser itu sendiri dan ia mungkin tidak sama antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain.

Secara prinsipnya, kanser yang dikesan dan dirawat di peringkat awal mempunyai prognosis yang jauh lebih baik dengan rawatan yang akan diberikan kepada pesakit.

Setelah mengambil contoh tisu kanser tersebut melalui biopsi tisu, penyiasatan radiologi seperti imbasan CT atau MRI diperlukan untuk menilai dan menentukan peringkat kanser tersebut.

Ini penting kerana tahap yang berbeza mempunyai pendekatan dan hasil yang berbeza selepas rawatan. Ujian-ujian tambahan juga mungkin diperlukan bergantung kepada bentuk rawatan yang akan dijalankan.

Sesi kaunseling dan penerangan berkenaan penyakit dan pilihan rawatan akan diberikan kepada pesakit sebelum langkah berikutnya diambil.

Adalah penting bagi seseorang pesakit memahami akan keadaan semasa dan apa yang sepatutnya dijangkakan atau diharapkan setelah tamat rawatan nanti.

Kanser pada peringkat awal boleh dirawat dengan pembedahan membuang ketumbuhan tersebut. Kaedah meletakkan implan yang mengeluarkan radiasi (interstitial radiotherapy) juga diaplikasikan bagi sesetengah pesakit yang bersesuaian.

Kanser yang agak besar saiznya pula mungkin memerlukan pembedahan yang lebih besar terhadap lidah dan leher.

Biasanya bagi pembedahan yang agak besar, akan disusuli proses rekonstruktif iaitu membaikpulih struktur yang tertinggal dengan kaedah-kaedah yang sesuai (biasanya dilakukan oleh pakar bedah plastik dan rekonstruktif).

Selain itu, rawatan kemoterapi, radioterapi atau kombinasi yang sesuai dengan keadaan tahap pesakit mungkin diperlukan bagi memastikan keseluruhan sel-sel kanser itu dihapuskan dari badan pesakit.

Perhimpunan Pagi Hospital Kudat (Bilangan 06/2009)

Dimaklumkan bahawa perhimpunan pagi akan dikendalikan oleh Unit Sajian & Unit Rehabilitasi seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 09 Jun 2009
Masa : 7.30 pagi

Aturcara
7.30 : Pendaftaran kakitangan
7.45 : Nyanyian Lagu
- Negaraku
- Sabah Tanah Airku
- Lagu KKM (Sihat Sejahtera)
7.55 : Bacaan Ikrar
8.15 : Ucapan ringkas oleh Pengarah Hospital
8.20 : Ucapan motivasi

Wakil dari setiap unit adalah diwajibkan menyertai perhimpunan ini.
Kedatangan akan dicatit dalam buku kehadiran.

Sekian harap maklum dan terima kasih.

Nasihat Perjalanan Ke Negara-Negara Yang Terlibat Dengan Penyakit Selsema Babi (H1N1)

NASIHAT PERJALANAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG INGIN MELAWAT MEXICO, USA,CANADA DAN NEGARA LAIN YANG TERLIBAT DENGAN PENYAKIT SELSEMA BABI (H1N1).

Pada 25 April 2009, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan bahawa kejadian selsema babi di Mexico adalah sebagai satu kecemasan kesihatan awam yang menjadi perhatian berat di kalangan antarabangsa (public health emergency of international concern atau PHEIC). Kes selsema babi yang juga telah berlaku di USA, Canada, New Zealand dan Sepanyol.

WHO tidak mencadangkan sebarang sekatan dalam perjalanan atau perdagangan.


PERJALANAN KE NEGARA YANG TERLIBAT DENGAN SELSEMA BABI

Rakyat Malaysia tidak digalakkan melawat negara berkenaan pada masa ini. Mereka perlu berhati-hati jika mereka ingin melawat ke negara-negara tersebut. Sila patuhi nasihat berikut :

- Ketahui di mana kawasan yang berwabak atau mempunyai kes selsema babi yang tinggi

- Elakkan bersentuh dengan kes selsema babi. Jika anda terpaksa bersentuh dengan mereka,
sila amalkan langkah kebersihan diri dan gunakan pelapis pelindung pernafasan yang sesuai.

- Jaga kebersihan diri sepanjang masa. basuh tangan dengan air dan sabun. Tutup mulut dengan
tisu bila anda batuk atau bersin.

- Kalau anda jatuh sakit, segeralah dapatkan rawatan.


Kalau anda baru balik dari kawasan selsema babi, jauhi berhubung rapat dengan orang lain selama 7 hari. Kalau dalam tempoh tersebut anda demam kuat (melebihi 38'C) atau menghidapi gejala lain seperti batuk, letih, kurang selera makan atau susah bernafas, sila dapatkan rawatan segera di hospital bertauliah atau hospital kerajaan atau swasta lain.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA


Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E10, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya, W.P.
Telefon : 603-888 10 200, 603-888 10 300

Sunday, May 24, 2009

Banyak Kes DVT Gagal Dikesan




                                                                   Perempuan hamil berisiko tinggi untuk mengalami DVT

Masalah darah beku selepas pembedahan boleh bawa maut jika tidak dirawat

RAMAI yang mungkin tidak menyedari antara komplikasi bahaya selepas pembedahan ialah pembentukan darah beku yang jika tidak ditangani dengan wajar dan segera, boleh mengundang maut.

Ini disebabkan kebanyakan pesakit yang menjalani pembedahan sebenarnya berisiko mengalami darah beku pada salur darah di bahagian kaki (deep vein thrombosis) atau DVT. Jika darah beku itu pecah ia akan menyekat pula salur darah ke paru-paru (pulmonary embolism).

Berikutan itu, pesakit yang menjalani pembedahan berkaitan di lutut, pinggul, barah dan pelvik sebenarnya juga berisiko mengalami DVT.

Bagaimanapun, setakat ini perangkaan lebih tertumpu kepada risiko terhadap pesakit yang menjalani pembedahan penggantian pinggul (total hip replacement). 

Hakikatnya, kematian disebabkan masalah ini sebenarnya boleh diminimumkan dengan penggunaan ubat-ubatan pencegahan terutama di kalangan mereka yang digolongkan sebagai kumpulan berisiko dengan DVT seperti obesiti, perempuan, tidak boleh berjalan, hamil dan pernah mengalami DVT sebelum ini.

Di Malaysia, DVT bukan saja tidak banyak dirawat, malah banyak kes berkenaan tidak dapat dikesan. 

Secara umum, dalam kajian tidak rasmi DVT di negara ini, 62.5 peratus pesakit yang menjalani pembedahan gantian sendi lutut, gantian sendi pinggul dan patah tulang paha mengalami DVT.

Secara mudah, darah beku dalam salur darah disebut sebagai ‘thrombus’. Proses pembentukannya disebut ‘thrombosis”. Thrombosis boleh menyekat aliran darah, malah sebahagian darah beku boleh pecah dan menyekat menyebabkan salur darah bertambah tersekat sekali gus menyekat bekalan darah ke organ penting. 

DVT ialah darah beku yang tersekat pada salur darah dalam mana-mana bahagian badan, misalnya di kaki dan pelvik. Selalunya DVT terjadi selepas pembedahan dan menyebabkan kawasan yang terjejas kemerahan, sakit dan membengkak. 

Pulmonary embolism (PE) pula adalah keadaan serius yang menyebabkan arteri dari jantung ke paru-paru tersekat. Ia terjadi apabila darah beku pecah dari lokasi asalnya dan sampai ke paru-paru. Pesakit akan berasa dada seakan-akan dicucuk benda tajam, nafas pendek dan batuk darah. Kebanyakan kes darah beku pada salur darah terjadi pada vena di kaki atau pelvis. 

Ia menyebabkan bengkak, tidak selesa, kulit kali kemerahan dan kaki berasa panas yang menjadi simptom pertama darah beku terbentuk. Bagaimanapun, ia tidak semestinya merujuk pada DVT.

Biarpun DVT tidak mengancam nyawa tetapi jika dikaitkan dengan komplikasi lain, ia sebaliknya boleh menyebabkan maut. Antara komplikasi utama DVT ialah PE yang menyaksikan arteri dari jantung ke paru-paru tersekat.

INFO: Faktor Risiko DVT 

-Usia lanjut
-Perempuan
-Tidak boleh berjalan (lebih empat hari)
-Hamil
-Mengambil estrogen dalam dos yang tinggi
-Penyakit berkaitan genetik seperti thrombophilia (darah beku tidak normal). 

INFO: Rawatan

Di Britain, dua pertiga mereka yang dikesan dengan DVT memerlukan rawatan di hospital. Dalam menangani DVT, ubat diberikan bagi mencairkan darah dan memudahkan alirannya. Ada banyak jenis ubat yang diberikan kepada pesakit. Antaranya, warfarin yang boleh bertahan untuk beberapa bulan. 

Selalunya, pengambilan ubat mencairkan darah memerlukan pesakit menjalani ujian darah bagi memastikan dos yang betul dan tidak berlaku risiko kesihatan yang lain. 

Pesakit juga digalakkan bergerak sebanyak mungkin. Selain itu stokin khas diperbuat daripada nilon digunakan bagi memberi sokongan kepada vena dan mengurangkan bengkak.



INFO : Sejarah Pandemik Demam Selesema

Wabak Peloponnesian - 30,000 maut 

Seramai 30,000 penduduk Athens mati pada 430 Sebelum Masihi ketika peperangan Peloponnesia antara penduduk Athens dengan Sparta. Selain pening, gejala lain seperti ruam kulit, demam, batuk darah, sakit perut, muntah dan dahaga yang teruk hinggakan ada yang terjun ke dalam perigi. 

Wabak Antonine Plague - Lima juta mati 


Wabak sempena nama Maharaja Rom, Marcus Aurelius Antoninus yang mati pada 180 Selepas Masihi. Wabak ini dibawa ke Rom oleh tentera yang pulang daripada berperang dari Mesopotamia. Ia merebak ke benua kecil Asia, Mesir, Greek dan seluruh empayar Rom dan meragut lima juta nyawa dalam masa 15 tahun. 

Wabak Justinian Plague – Kira-kira 25 juta hingga 100 juta kematian 

Namanya sempena Maharaja Byzantine, Justinian dan wabak ini dipercayai berasal sama ada di wilayah Asia Tengah atau Ethiopia (Habsyah). Ia menjadi kes pertama wabak bubonik dicatatkan dan berlaku selama 50 tahun yang meragut 25 juta hingga 100 juta nyawa. Perdagangan dunia turut lumpuh. 

Wabak 'Black Death' - 25 juta kematian 

Ia melanda pada zaman pertengahan Eropah dari akhir 1347 hinggalah awal 1351. Ia dikatakan disebarkan oleh kutu dan tikus. Mangsa lazimnya mati dalam kesakitan dalam masa lima hari selepas dijangkiti kuman itu. 

Wabak Selesema Sepanyol - Lebih 50 juta kematian 

Ia berlaku pada 1918 dan menjadi kes terburuk pernah berlaku dalam era sejarah moden dan disebabkan sejenis virus selesema H1N1 dijangkiti kira-kira 40 peratus jumlah penduduk dunia ketika itu. Ia meragut lebih 50 juta kematian, majoritinya mereka golongan muda. 

Wabak Selesema Asia - Empat juta maut 

Berlaku pada 1957, membabitkan itik liar di Guizhou, selatan China dan melalui proses mutasi dengan jenis virus manusia. Menular ke Singapura pada Februari 1957, Hong Kong pada April dan Amerika Syarikat pada Jun tahun sama. Jangkitan paling ramai di kalangan pelajar sekolah, golongan muda, wanita hamil serta orang tua yang mencatatkan kumpulan paling ramai mati. 

Wabak Selesema Hong Kong - Sejuta maut 

Dikesan pada 1968, kes pertama dikesan di Hong Kong yang disebabkan jenis virus dikenali H3N2 yang meragut sejuta nyawa di seluruh dunia. Ia kembali pada pada 1970 dan 1972. Mangsa berusia 65 tahun ke atas paling ramai mati. 

Sindrom Pernafasan Yang Teruk (Sars) - 800 kematian 

Dikesan di Guangdong, selatan China pada 2002 tetapi menjadi tumpuan ramai pada Februari 2003 selepas kematian seorang ahli perniagaan Amerika Syarikat dalam pesawat pulang dari Shanghai. Virusnya mudah tersebar secara pantas ke Kanada, Amerika dan beberapa negara Asia. Daripada 8,096 kes, 774 kematian dilaporkan. 

Selesema Burung 


Ada banyak jenis selesema burung. Jenis paling bahaya H5 dan H7 sering menyebabkan kematian unggas dan jenis yang paling dibimbangkan adalah H5N1. Ia hanya diketahui menyerang unggas sehinggalah kes pertama jangkitan manusia dikesan di Hong Kong pada 1997. Data WHO menunjukkan 256 maut di seluruh dunia sejak 2003 dan saintis turut memantau perkembangannya kerana bimbang mutasi berlaku dan boleh dijangkiti berjuta-juta penduduk dunia. 

Demam Selesema - Meragut 250,000 - 500,000 kematian setiap tahun 

Tersebar ke seluruh dunia setiap tahun dan memuncak ketika musim sejuk. Pihak berkuasa kesihatan mengesyorkan pemberian suntikan vaksin, khususnya kepada kanak-kanak dan warga tua. Amalan kerap membasuh tangan dan sentiasa sihat, menjadi perlindungan terbaik.

Saturday, May 23, 2009

INFO : Tahap Amaran Pandemik Selesema Babi

Tahap Amaran Pandemik Selesema Babi


-> Tahap 1 - Penularan virus selesema di kalangan haiwan dan tidak menjangkiti manusia.

-> Tahap 2 - Penularan virus selesema di kalangan haiwan dan menjangkiti manusia.

-> Tahap 3 - Tiada penularan atau penularan virus selesema yang terhad antara manusia ke manusia tetapi tidak menyebabkan wabak dalam komuniti.

-> Tahap 4 -  Berlaku penularan virus selesema antara manusia kepada manusia serta boleh menyebabkan wabak di kalangan komuniti.

-> Tahap 5 - Berlaku penularan virus selesema antara manusia kepada manusia di sekurang-kurangnya dua negara dalam satu rantau WHO dan memberi `isyarat kuat' bahawa pandemik pasti berlaku.

-> Tahap 6 - Fasa pandemik yang menunjukkan wabak menular ke seluruh dunia.

Thursday, May 21, 2009

Afternoon Prayer

Afternoon prayer Unit Kecemasan & Trauma Hospital Kudat diadakan pada hari Isnin setiap minggu pada jam 2 petang. Segala permasalahan akan dibincangkan dalam afternoon prayer. Informasi-informasi terkini juga akan diberitahu dalam afternoon prayer. Afternoon prayer dipenegrusikan oleh PPPK En.Lony Lomodi atau oleh sesiapa sahaja yang telah diberi kuasa jika En.Lony Lomodi tidak dapat hadir.

Pertukaran Penempatan Anggota Kejururawatan

Terdapat beberapa pertukaran anggota kejururawatan di unit-unit Hospital Kudat. Unit Kecemasan & Trauma juga terlibat sama dalam pertukaran ini. Anggota kejururawatan yang terlibat adalah :

Keluar
1. TAN Puan Nortateh Ari bertukar ke Unit Pesakit Luar (berkuatkuasa 25 Mei 2009)
2. TAN Puan Raisah Raiman bertukar ke Unit Pesakit Luar (berkuatkuasa 1 Julai 2009)

Masuk
1. JMK Puan Lonie Sojal bertukar dari Unit Pesakit Luar (berkuatkuasa 25 Mei 2009)
2. JT Puan Maureen Ajin bertukar dari Wad Lelaki (berkuatkuasa 1 Julai 2009)

INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) AND SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (sARI)

1. Case definition of Influenza-Like Illness (ILI) for surveillance :

Suspected case :
Acute onset of respiratory illness with fever of >38'C or more and dry cough and with one or more of the following :
a) sore throat
b) nasal congestion/blockage
c) myalgia
d) headache
e) fits (infant)
f) vomiting (infant)
AND in the absence of any other disease.

Confirmed case :
When results from virus isolation by cell culture, PCR, serolgy or any combination of these test are positive for Influenza virus.


2. Case definition of Severe Acute Respiratory Infecetions (sARI) :

A) Meets ILI case definition (sudden onset of fever >38'C and cough or sore throat, in the absence of other diagnosis), AND

B) Shortness of breath or difficulty breathing, AND

C) Requiring hospital admission


ILI surveillance during this period will involve ALL government health clinics and not limited to the sentinel sites as previously designated. Whereas, sARI suveillance will involve data collection from all government hospitals.

In view of the current global situation, these surveillance of ILI and sARI will be done daily.

Pengisytiharan Pusat Pengurusan & Pengasingan Kes Berkaitan Influenza A (H1N1)

Sukacita dimaklumkan bahawa pusat pengurusan dan pengasingan kes berkaitan Influenza A (H1N1) ditempatkan seperti berikut :

PUSAT PENJAGAAN LKH LINGZHI
P.O.Box 13390
88838 Kota Kinabalu
Sabah.

Semua "Case Under Investigation" "Probable Case" dan " Confirmed" Influenza A (H1N1) dari daerah-daerah di Pantai Barat dan pedalaman Sabah hendaklah dirujuk ke pusat ini.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Dr.Ahmad Hashim
Ketua Jabatan Kecemasan
Hospital Queen Elizabeth
Tel : 019-9342222

Dr. Timothy William
Pakar Perubatan
Penyakit Berjangkit
Hospital Queen Elizabeth
Tel : 013-8657078

Organisasi

PENGARAH HOSPITAL

Dr.Prabakaran Solomon A/L Dhanaraj
(Pegawai Perubatan UD48)

PEGAWAI PERUBATAN UD41


1. Dr.Anjeline Basinou
2. Dr.Zahrah Adibah
3. Dr.Elaine Wong
4. Dr.Euphrasia Bari
5. Dr.Edmund Shin

PEN.PEG.PERUBATAN KANAN U32 Y/M

En.Lony Lomodi

PEN.PEG.PERUBATAN U29

1. En.Muszaidi Oshou
2. En.Mahalil Mohd Yasin
3. En.Frederick Maradu
4. En.Simon Tanggarak
5. En.Izzad Mohd Idrus
6. En.Stromy Ginsok
7. En.Mohd Hazrul Amrie Mat Rifin
8. En.Sarmiji Suhaimie
9. En.Jakin Masikat

JURURAWAT U29

1. Puan Marlinawati Enong
2. Puan Hjh Misbah Alashun
3. Cik Jaimah Ismail
4. Puan Feldrine Umin
5. Puan Solingkim Guraat
6. Puan Lesinah Sawat

JURURAWAT U24

Puan Banah Enau

JURURAWAT U19

1. Puan Siti Hana Laha
2. Puan Aimie Sadewah
3. Puan Siti Aminah Inani

JURURAWAT U11

1. Puan Nortateh Ari
2. Puan Raisah Raiman

PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN KANAN U12

En.Ahmad Matinduh

PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U3

1. En.Jebrail Unggui
2. En.Abd Karim Ahlan
3. En.Haris Munabi
4. En.Kahar Sulan
5. En.Tommy Jaunah
6. En.Adis Itus
7. En.Awang Taun (Pemanduan)

PEMANDU KESIHATAN BERSEKUTU R3

1. En.Asgan Antah
2. En.Marangkil
3. En.Ambakri Malik
4. En.Kumar Kasbullah
5. En.Amran Idul
6. En.Ismail Egis