Saturday, May 30, 2009

Nasihat Perjalanan Ke Negara-Negara Yang Terlibat Dengan Penyakit Selsema Babi (H1N1)

NASIHAT PERJALANAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG INGIN MELAWAT MEXICO, USA,CANADA DAN NEGARA LAIN YANG TERLIBAT DENGAN PENYAKIT SELSEMA BABI (H1N1).

Pada 25 April 2009, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan bahawa kejadian selsema babi di Mexico adalah sebagai satu kecemasan kesihatan awam yang menjadi perhatian berat di kalangan antarabangsa (public health emergency of international concern atau PHEIC). Kes selsema babi yang juga telah berlaku di USA, Canada, New Zealand dan Sepanyol.

WHO tidak mencadangkan sebarang sekatan dalam perjalanan atau perdagangan.


PERJALANAN KE NEGARA YANG TERLIBAT DENGAN SELSEMA BABI

Rakyat Malaysia tidak digalakkan melawat negara berkenaan pada masa ini. Mereka perlu berhati-hati jika mereka ingin melawat ke negara-negara tersebut. Sila patuhi nasihat berikut :

- Ketahui di mana kawasan yang berwabak atau mempunyai kes selsema babi yang tinggi

- Elakkan bersentuh dengan kes selsema babi. Jika anda terpaksa bersentuh dengan mereka,
sila amalkan langkah kebersihan diri dan gunakan pelapis pelindung pernafasan yang sesuai.

- Jaga kebersihan diri sepanjang masa. basuh tangan dengan air dan sabun. Tutup mulut dengan
tisu bila anda batuk atau bersin.

- Kalau anda jatuh sakit, segeralah dapatkan rawatan.


Kalau anda baru balik dari kawasan selsema babi, jauhi berhubung rapat dengan orang lain selama 7 hari. Kalau dalam tempoh tersebut anda demam kuat (melebihi 38'C) atau menghidapi gejala lain seperti batuk, letih, kurang selera makan atau susah bernafas, sila dapatkan rawatan segera di hospital bertauliah atau hospital kerajaan atau swasta lain.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA


Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E10, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya, W.P.
Telefon : 603-888 10 200, 603-888 10 300

No comments:

Post a Comment